Sejarah pantun

Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau.Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan
ia adalah lambangkebijaksanaan berfikir. 


Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek.Pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma,Kepulauan Cocos, Sri Lanka,Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan(kerana pengaruh imigran dari Indonesia danMalaysia).
Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu.Malah, ia mungkin berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Menyedari kepentingan pantun dalam memartabatkanbudaya Melayu, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara di Kementerian.

Za'ba dalam bukunya
Ilmu Mengarang Melayu
menjelaskan, "Perkataan pantunitu pada mulanya dipakai orang dengan makna

seperti
atau umpama
." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu
pantun yang bermaksud pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera lisan dalampengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.

Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan danperkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidakberkait.
Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentukutama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantunlapan kerat dan pantun dua belas kerat.

Pantun yang popular digunakan ialah pantundua kerat dan empat kerat.Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun.


Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripadakeseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiaprangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.

Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnyamempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat denganpengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:Sebab pulut santan terasa,Sebab mulut badan binasaRima pantun yang baik berakhir dengan
ab,ab
bagi pantun empat kerat dan
a,a
bagi pantun dua kerat.

Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun jugaterikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap barisialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yangpenting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan danmenyedapkan cakap.

Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikanhasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.Orang melayu mencipta pantun untuk melahirkan perasaan mereka secaraberkesan tetapi ringkas,kemas,tepat dan menggunakan bahasa yang indah-indah.Padazaman dahulu kala masyarakat melayu belum lagi pandai menulis dan membaca.Hal inidemikian kerana, masyarakat Melayu pada waktu itu belum lagi bertamadun. Keadaanini telah membuktikan bahawa orang melayu sebelum tahu menulis dan membaca telahpandai mencipta dan berbalas-balas pantun antara satu sama lain.

Keadaan inimembolehkan kita menganggap pantun itu sebagai pusaka orang melayu sejak turun-temurun lagi yang menjadi identiti masyarakat melayu bak kata pepatah tak kenalmakatak cinta.pantun tetap dipertahankan oleh orang melayu walaupun zaman telahberubah.

Menurut kajian bahawa pada abad yang ke-17 barulah sempurnabentuk,isi,maksud dan alasan pantun itu.Keadaan ini dapat dibuktikan di dalam rencanaHamzah Fansuri yang telah meninggal dunia dalam tahun 1630.Pantun pada mulanya adalah senandung atau puisi rakyat yang dinyanyikan.Dalam kesusasteraan, pantun pertama kali muncul dalam

Sejarah Melayu dan hikayat-hikayat popular yang sezaman

thumbnail Title : Sejarah pantun
Posted by : Unknown
Published : 2012-11-29T23:46:00-08:00
Rating : 5
Reviewer : 99999 Reviews